STARAIN telah diasaskan oleh En. Radzymuru b. Abdullah, Pn. Nora Shikin bt. Md Shaari dan Pn. Nor Cheryl bt. Abdullah pada tahun 2002.

Tadika Starain telah ditubuhkan pada 14.02.2002 di sebuah kawasan perumahan Apartment Bayu, yang terletak di Damanasara Damai, Petaling Jaya, Selangor yang mana telah menerima pendaftaran pelajarnya hanya seramai 30 orang pelajar sahaja pada tahun tersebut. Pada tahun berikutnya iaitu 2003, dengan keberkesanan kaedah pengajaran & pembelajaran yang di terapkan, pendaftaran pelajar bagi tadika STARAIN telah meningkat secara drastik kepada 125 pelajar.

Bagi menampung pendaftaran pelajar baru yang amat memberangsangkan, pada tahun 2008 tadika STARAIN telah membuka satu lagi cawangan keduanya yang terletak di sebuah kawasan perumahan teres dua tingkat di Saujana Damansara, Petaling Jaya yang mana berdekatan dengan Apartment Bayu ( cawangan pertama ). Dari tahun 2004 sehingga 2013 tadika STARAIN telah mampu mengekalkan pendaftaran pelajarnya dari jumlah 140 orang hingga 160 orang pelajar.

STARAIN merupakan satu Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang amat berkesan yang direka khas berdasarkan perbezaan individu bagi bagi setiap kanak-kanak dari segi pengenalan abjad, pengenalan angka, pembacaan, penulisan dan pengiraan nombor. Selain itu, Starain juga menitikberatkan perkembangan seimbang bagi kanak-kanak dari segi Jasmani, Emosi, Rohani , Intelek dan Sosial sebagaimana yang dituntut dalam kandungan ‘Falsafah Pendidikan Negara’.

Leave a Reply