STARA’IN telah diasaskan oleh En. Radzymuru b. Abdullah, Pn. Nora Shikin bt. Md Shaari dan Pn. Nor Cheryl bt. Abdullah pada tahun 2002.
Tadika Stara’in telah ditubuhkan pada 14 Feb 2002 di sebuah kawasan perumahan Apartment Bayu, yang terletak di Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor yang mana telah menerima pendaftaran pelajarnya hanya seramai 30 orang pelajar sahaja pada tahun tersebut. Pada tahun berikutnya iaitu 2003, dengan keberkesanan kaedah pengajaran & pembelajaran yang di terapkan, pendaftaran pelajar bagi tadika STARA’IN telah meningkat secara drastik kepada 125 pelajar. Pada tahun 2018 pengambilan pelajar telah dihadkan pada 60 orang sahaja bagi memberi laluan kepada pengurusan APS menumpukan perhatian kepada Latihan / Kursus / Program berkaitan bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak.
STARA’IN merupakan satu Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang amat berkesan yang direka khas berdasarkan perbezaan individu bagi setiap kanak-kanak dari segi pengenalan abjad, pengenalan angka, pembacaan, penulisan dan pengiraan nombor. Selain itu, Stara’in juga menitikberatkan perkembangan seimbang bagi kanak-kanak dari segi Jasmani, Emosi, Rohani , Intelek dan Sosial sebagaimana yang dituntut dalam kandungan ‘Falsafah Pendidikan Negara’.

Bagi merealisasikan kemanfaatan kaedah STARA’IN kepada setiap kanak-kanak di seluruh Malaysia, pengasas Tadika STARA’IN telah menubuhkan Akademi Profesional Starain Sdn. Bhd (APS) pada 23 Januari 2015 sebagai pemberi lesen Program Bahasa Inggeris Starain (PBIStarain) dengan membawa moto Pengajaran dan Pembelajaran Seronok,Mudah dan Berkesan sejak 2002. Program Bahasa Inggeris Starain telah dipasarkan secara Korporat kepada Taski-taski ABIM yang terpilih di bawah Yayasan Pendidikan Takmir pada tahun 2016. Oleh kerana hasil keberkesanannya sangat memuaskan Taski ABIM terus menggunakan Program Bahasa Inggeris Starain (PBIStarain) sehingga kini.

Pada tahun 2018 salah seorang ibubapa iaitu Pn.Hawa bercadang membuka tadika dengan menggunakan Program Starain Islamic Value di Pucong Perdana bagi sesi pendaftaran 2019. Pembukaan Tadika ini adalah setelah beliau tertarik dengan perkembangan secara drastik anaknya yang mendapat pembelajaran di tadika Starain selama 6 bulan. Ini merupakan “milestone” bagi pengurusan APS untuk memasarkan Program Starain Islamic Value dengan yuran pelesenan yang mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja.

Selain itu, APS juga merupakan Pusat Pengurusan Program UTMSPACE yang menjalankan  Latihan / Kursus / Program kepada pengusaha-pengusaha, guru-guru Tadika / Taska dan ibubapa di seluruh Malaysia. Berikut adalah Latihan / Kursus / Program yang telah dijalankan oleh APS :

Latihan / Kursus/ Program yang dijalankan oleh APS adalah :

1) Latihan Perguruan Program Bahasa Inggeris Starain (PBIStarain)
2) Kursus Asas Psikologi dan Perkembangan Awal Kanak-kanak ( Sijil dianugerahkan oleh APS )
3) Kursus Asas Pendidikan Khas Awal Kanak-kanak ( Sijil dianugerahkan oleh APS )
4) Kursus Pembangunan Keusahawanan ( Sijil dianugerahkan oleh APS )
5) Seminar Keibubapaan
6) Diploma Profesional Pendidikan Awal Kanak-kanak ( Sijil dianugerahkan oleh UTMSPACE )
7) Dan lain-lain kursus/latihan berkaitan pendidikan awal kanak-kanak

 
 
 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.