Kursus Profesional Dan Kemahiran Asas Psikologi dan Perkembangan

Awal Kanak-Kanak

Kami menyediakan kursus jangka pendek bagi tempoh 1 hari. Kursus asas ini adalah penting bagi setiap guru/pengusaha tadika/taska untuk mendapatkan tip-tip ataupun cara-cara bagaimana kita dapat mengenali seseorang kanak-kanak lebih mendalam agar mereka dapat menyesuaikan diri mereka di dalam suasana yang baru iaitu tadika.Kursus ini juga akan menekankan aspek perkembangan kanak-kanak yang secara keseluruhan meliputi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial. Sijil Penyertaan diiktiraf oleh UTMSPACE

 

Sijil Profesional Pendidikan Awal Kanak-kanak

Sijil Profesional ini dijalankan dalam jangka masa pendek iaitu dalam tempoh 10 hari sahaja. Antara modul-modul yang akan dibincangkan dalam kursus ini adalah Asas Psikologi dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak, Pendidikan Khas Awal Kanak-Kanak, Asas Bahasa dan Seni Awal Kanak-Kanak dan juga Asas Kesihatan dan Keselamatan Awal Kanak-kanak serta Pengajaran dan Pembelajaran Awal Kanak-kanak. Kelas hanya akan dijalankan pada setiap hujung minggu (Sabtu & Ahad) atau Cuti Sekolah berpanjangan sahaja samada berterusan 10 hari atau hujung mnggu sahaja. Sijil Profesional diiktiraf oleh UTMSPACE

 

Kursus Keusahawanan Tadika (KUT)

APS juga menganjurkan seminar keusahawanan bagi mereka yang ingin menceburi dalam bidang perniagaan terutamanya perniagaan Tadika. Seminar ini akan dijalankan dalam tempoh 1 hari yang akan didedahkan secara mendalam mengenai Pengurusan Tadika, Penubuhan Tadika dan yang paling penting adalah tentang kelebihan mengenai perniagaan ini.

 

Program Motivasi Remaja

APS juga menganjurkan program motivasi remaja ini di atas permintaan / jemputan dari pihak Sekolah Rendah dan Menengah atau Persatuan Ibubapa dan Guru

Seminar Keibubapaan

APS juga menganjurkan seminat keibubapaan ini di atas permintaan / jemputan dari pihak Tadika sehinggalah ke peringkat Sekolah Menengah

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.