Kepada Para Ibubapa Dan Pendidik

Setiap kanak-kanak secara amnya akan berkembang secara berbeza-beza, para ibubapa dan pendidik amat perlu memahami perbezaan individu dari segi fizikal, emosi, sosial dan intelek yang terdapat pada setiap kanak-kanak. Oleh yang demikian para pendidik perlu memahaminya sekali gus mengkaji tindakan yang bersesuaian kepada seseorang kanak-kanak dalam penyediaan Pengajaran dan Pembelajarannya berdasarkan perbezaan individu ini.

STAR’AIN merupakan satu Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan yang direka khas berdasarkan perbezaan individu dari segi pengenalan abjad, angka, pembacaan, penulisan dan pengiraan nombor. Selain itu, Starain juga menitikberatkan perkembangan seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani , Intelek dan Sosial sebagaimana kehendak ‘Falsafah Pendidikan Negara’.

Kepada Para Usahawan Baru

Bagi mereka yang ingin menjadi usahawan dalam sektor perniagaan tadika, saya mengalu-alukan penyertaan sebagai Pemegang Lesen Program Tadika Starain Islamic Value . Saya akan menjadi mentor terbaik anda dan memastikan kejayaan anda dalam sektor ini. Latihan yang lengkap akan disuntik dengan motivasi kejayaan. Sentiasa berpegang pada prinsip hidup “Life Is A Challenge Meet And Beat It! Don’t Give Up! (Kehidupan Adalah Suatu Cabaran Tempuhi dan Menanginya! Jangan Putus Asa!).

Yang Berbahgia En. Radzymuru b. Abdullah BEd Hons OUM 

 

 

Leave a Reply